Pages

Tuesday, 23 September 2014

Sejarah Mukim Kurong Hitam


  Bila disebut sahaja nama Kurong Hitam,kita akan bertanya bagaimanakah nama ini ditimbulkan dan siapakah yang memberikan nama tersebut? Nama ini jika didefinasikan secara ilmiah maka ianya bermaksud kawasan perintah berkurung atau kawasan yang terhad dengan kuasa-kuasa tertentu.Namun,sejauh mana kebenarannya tidak dapat dipastikan.

 Sejarah Kurong Hitam bermula pada zaman dahulu kala apabila terdapat sebuah keluarga iaitu keluarga Pak Malim datang dan menetap di sini.Kerja Pak Malim ialah membuat parang golok dan sebagainya.Kerja menempa besi ini memudahkan orang ramai untuk membuat berbagai-bagai senjata untuk kegunaan seharian.Tempat membuat pembakar besi ini dipanggil kerong iaitu alor untuk menghembus api.Apabila kerong itu terlalu kerap digunakan, maka banyaklah tanah di sekitar bangsal membuat besi ini menjadi hitam legam.

 Anehnya,kawasan tanah htam ini tidak terlalu banyak tetapi yang cantiknya tanah yang kehitam-hitaman ini dikelilingi oleh satu struktur tanah putih bagaikan dibentuk oleh tangan manusia.Keadaan tanah ini masih boleh dilihat di Kampung Dalam,Mukim Kurong Hitam.


 Kini terdapat 12 buah kampung yang terdapat di dalam Mukim Kurong Hitam iaitu Kampung Dalam, Kampung Perik, Kampung Bukit Nyamuk, Kampung Kubang Daksa, Kampung Belukar, Kampung Bukit, Kampung Padang Balai, Kampung Kubu, Kampung Kubang Lintah, Kampung Malau, Kampung Lubuk Ipoh dan Kampung Kubang Jambu.Kesemua kampung ini diterajui oleh satu penghulu mukim.


Program Hari Pusat Sumber

Pusat Sumber SK Kurong Hitam , sekali lagi berjaya menganjurkan Hari Pusat Sumber pada tahun ini. Objektif utama program ini dianjurkan adalah untuk mendedahkan murid dengan semangat persaingan untuk mengembangkan ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh mereka. Penyertaan murid-murid adalah melalui rumah sukan masing-masing.
     Rumah sukan yang berjaya mengumpul markah yang paling tinggi akan diiktiraf sebagai pemenang Hari Pusat Sumber. Secara keseluruhannya aktiviti-aktiviti yang dianjurkan berjalan dengan lancar dan sempurna.

Pertandingan Power Point

 Pertandingan Melukis Poster

 Hakim Yang Arif Lagi Bijaksana

 Pertandingan Mewarna

 Pertandingan Bercerita

 Jejak Maklumat

Monday, 22 September 2014

WARGA KERJA PSS SKKH

PENGERUSI : EN MUHD PAUZI OSMAN

SU : PN RENA ABD RAHMAN

AJK

1. PERPUSTAKAAN
A. PN MASITHAH JUSOH
B. PN RUSNIZA ABD RAZAK
C. PN CHE ROSNAINI HAMID

2. TVP

A. PN NORHAYATI MAT

3. ABM

A. EN MAHD FUAD ZAKARIA

4. NILAM

A. PN BASHIRAH MOHD SAAD
B. EN ISMAIL AHMAD
C. EN IBRAHIM MOHD ISA
D. PN ZURINA ABDUL  HALIM
E. EN MAHD FUAD ZAKARIA
F. PN ZAAINAB SAID